selamat datang

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, November 6, 2010

Kek Kurma HusHuda

Bahan-bahannya

1 butter (250g)
1 cwn gula
2 cawan tepung gndum
4 biji telur
 1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat 
30 biji kurma  buang biji (kurma madu)
Rebus hingga lembut anggaran 1 setengah cwn air 
Cara-cara:-

·        Pukul butter sampai kembang.Masukkan telur sebiji2.Kemudian masukkan gula, esen vanilla, baking powder, soda bikarbonat pukul lagi. Akhir sekali masukkan tepung dan kurma tadi. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit.

Tuesday, November 2, 2010

Cheese Tart

Bahan-bahannya:-

(untuk kulit)
125 gram butter
60 gram gula aising
1 biji telur
250 gram tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

(untuk inti)

250 gram krim keju
50 gram mentega
60 gram gula castor
1 biji telur ayam
8 gram krim segar

Cara buat kulit:-

Pukul mentega dengan gula aising dan vanilla hingga kumbang. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh. Selepas itu canai ikut acuan. Bakar dulu dalam masa 20 minit sampai warna menjadi kuning

Cara buat inti:-

Pukul keju dan mentega hingga kembang, masukkan telur dan krim segar serta gula castor, pukul hingga sebati. Selepas itu tuang dalam kulit dan hiaskan dengan blueberi/coklat cip.Dibakar selama 5 minit.Sejukkan sebelum dihidang. Proses membakar bergantung kepada saiz acuan, dari segi masa dan suhu.

Sup Cendawan

Bahan-bahan:-

4 sudu besar tepung gandum
1 tin cendawan butang dibahagi dua (satu bahagian dikisar halus/ satu bahagian dipotong halus)
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih


1 cawan air
1 sudu teh minyak zaitun
Sedikit serbuk lada hitam
Gula dan garam secukup rasa.


Cara-caranya:


  • Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan cendawan(yg dikisar), biarkan sekejap, selepas itu masukkan pula tepung gandum yang dibancuh dengan air, kacau terus supaya tidak berketul.
  • Masukkan cendawan potong, gula dan garam secukup rasa serta lada hitam. Biarkan mendidih.

* Tulisan yang berwarna merah - bhn ini perlu dikisar.

Kek Keju Blueberri Mas

Bahan-bahannya:-

250 gram krim keju
250 gram keju philadelphia
3 biji telur
50 gram inti blueberi
200 gram inti blueberi (topping)

Kerak bawah :

200 gram biskut merry/cream cracker.
50 gram gula aising
60 gram butter
Secubit garam

Cara-caranya:


  • Campurkan ke semua bahan bagi bahan keraknya, hancurkan dan ditekan dalam loyang, tepikan.
  • Pukul krim keju dan gula serta keju philadelphia sehingga kembang. Selepas itu, masukkan telur dan pukul lagi, campurkan inti blueberri ke dalam adunan dan digaul rata. Tuang dalam loyang tadi dan dibakar pada suhu 140 C. selama 40 minit.

Kek Koko Basah

Bahan-bahannya:-

2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 cawan susu cair
1 sudu teh bikarbonat soda
1 sudu teh baking powder
2 biji telur


Cara-caranya:-

  • Campurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali air panas. Setelah diputar dengan rata, akhir sekali baru masukkan air panas dan pukul lagi, sebentar sahaja. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan dibakar atau dikukus.

Monday, November 1, 2010

Apom Pulau Tiga

Bahan-bahannya:-

3 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
1 cawan tapai nasi( nasi yang diperam dengan  1/8 ragi semalaman)
Sepeket eno (perisa original)


Cara-caranya:-

Kesemua bahan-bahan ini di kisar dan di peram selama 8 jam. Sebelum dikukus masukkan eno dan kacau. Adunan ini dikukus sehingga masak. Sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul sedikit garam.

Puding Yaya

Bahan-bahannya:-

8 biji telur
1 tin susu cair
1 kotak kecil santan
Secawan gula
Roti ( dipotong kecil untuk diletakkan diatas bancuhan)
Secubit garam
Majerin


Cara-caranya:-


  • Pukul telur bersama susu, santan dan gula hingga rata, jangan lupa masukkan secubit garam.
  • Sapukan roti dengan majerin dan dipotong kecil, susunkan di dalam dulang pembakar dan tuangkan adunan tadi, roti tadi akan timbul ke atas, masukkan ke dalam oven dan bakar selama 35 minit dengan suhu 150 C

Gubahan









Pelbagai Gubahan





Gubahan Coklat

Tart nanas

Bahan-bahannya:-


Untuk kulitnya

1 kg tepung gandum
750 g mentega
4 sudu besar tepung jagung
4  sudu besar susu pekat
3 sudu besar tepung kastard

Intinya:-

Jem nanas yang telah siap atau boleh dimasak sendiri dengan parutan nanas bersama dengan gula kastor, dimasak atas api yang sederhana sehingga likat.

Biskut Sarang Semut

Bahan-bahannya:

1 cawan majerin
1 cawan gula halus
2 biji merah telur
2 cawan tepung kek
1 cawan tepung gandum
¾ cawan milo                     
Sedikit koko,coklat urai,jem buah-buahan sedikit vanilla


Cara-caranya:

Ayak tepung gandum dan tepung kek(3 kali ayak).Pukul majerin sampai kembang kemudian masukkan telur dan vanilla pukul lagi.Kemudian masukkan tepung tadi.Gaul perlahan-lahan.Masukkan pula milo dan koko .Setelah sebati tekan adunan ke dalam acuan .Setelah masak sapukan atas kuih dengan jem dan taburkan coklat urai tadi.

Biskut Almond London


Bahan-bahannya:

250 gram butter cup
¾ cawan gula aising
1 sudu teh vanilla
Tepung gandum secukupnya
1 cawan tepung jagung
1 peket badam cincang
 Badam secukupnya sebagai inti
Coklat masakan

Cara-caranya:

1.  Pukul gula dengan mentega kemudian masukkan esen vanilla dan tepung jagung.
2   Badam dibelah dan dipanggang
3.  Masukkan tepung gandum secukupnya
4. Cubit adunan sebesar ibu jari dan masukkan biji badam sebagai inti.Bakar sehingga masak.Biarkan sejuk dan golekkan ke dalam coklat masakkan yang telah dicairkan.

Friday, October 29, 2010

Epok-epok

Bahan-bahannya:-

5 tangkai kacang panjang
300 gram sengkuang
5 biji bawang besar
1/4 cawan udang kering
3 sudu besar rempah kari daging
3 ulas bawang putih
Sedikit garam dan gula

(Untuk menumis)
1 inci halia
3 ulas bawang putih
 

Untuk kulitnya:-

600 gram tepung gandum
2 biji telur
4 sudu besar majerin.
(Digaul dan dijadikan doh)

Cara-caranya:-

  • Potong kecil-kecil panjang, bawang besar, sengkuang.
  • Tumiskan bawang dan halia, masukkan rempah kari , udang kering yang ditumbuk halus dan masukkan bahan yang telah dipotong tadi. Masak sehingga sedikit lembut, jangan lupa masukkan sedikit garam dan gula.
  • Doh yang telah diuli tadi dibentukkan  berbentuk segitiga dan letakkan intinya, lipat semula, buat hingga habis dan bolehlah digoreng sehingga kuning keemasan.

Sum sum

Bahan-bahannya:-

4 cawan santan/ 3 1/2 cawan santan
1 cawan tepung beras
Gula melaka.
Sedikit garam.


Cara-caranya:-

  • Kacau santan tadi bersama tepung beras hingga rata masukkan sedikit garam.
  • Masukkan bahan yang telah dikacau tadi ke dalam periuk, gunakan api yang sederhana. Kacau hingga agak pekat, boleh letakkan pewarna sekiranya suka.
  • Gula melaka dimasak bersama air hingga hancur.
  • Tepung yang telah dimasak tadi boleh diletakkan ke dalam acuan kecil yang bertutup, sejukkan.
  • Apabila hendak dimakan barulah dimasukkan air gula tadi

Seri Udang Galah

Bahan-bahannya:-

8 ekor udang galah
1 biji kelapa
2 1/2 cawan air (dijadikan air perahan untuk santan)
4 sudu besar minyak masak

Bahan yang dikisar

2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras
10 tangkai cili kering
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih


Cara-caranya:-


  • Gaul udang yang telah dibersihkan dengan bahan yang telah dikisar tadi dan diperap selama 15 minit.
  • Panaskan minyak dan tumis udang yang telah diperap tadi. Masukkan santan dan garam. Biarkan sampai menggelegak.

Kek Kukus Buah-buahan Campuran.

Bahan-bahannya:-

250 gram mentega
1 kotak buah-buahan kering campuran
600 gram tepung gandum
2 cawan gula halus
3/4 cawan gula castor( dimasak sebagai gula hangus)
4 sudu teh bikarbonat soda
4 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh esen oren
6 biji telur


Cara-cara:-

  • Pukul mentega dengan gula halus sampai kembang. Asingkan kuning telur dengan putihnya. Pukul putih telur hingga kembang dan berbuih.
  • Tepung gandum diayak dan digaul bersama dengan bikarbonat soda dan cream of tartar dan campur bersama-sama buah-buahan kering campuran tadi. Gaul rata.
  • Masukkan putih telur, kuning telur ke dalam mentega yang telah dipukul kembang tadi, masukkan juga tepung yang telah digaul bersama buah-buahan, kacau rata. Akhir sekali masukkan pula gula hangus tadi dan kacau rata. Adunan kek ini dikukus selama 4 jam.

Kuah Mi Rebus

Bahan-bahannya:-

600 gram ubi keledek
300 gram ubi kentang
600 gram udang putih
5 sudu cili boh
1 bungkus kecil rempah kari daging
300 gram biskut merry
2 batang serai dititik.
15 biji bawang merah
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:-

  1. Ubi direbus dan dilecek.
  2. Udang di kisar . Panaskan minyak, tumis semua rempah kari, bawang yang telah dikisar, cili, dan serai. Masukkan air kacau dan masukkan ubi, udang, serbuk roti merry dan akhir sekali masukkan santan. Masukkan gula dan garam secukupnya.

Putu Ayu

Bahan-bahannya:

3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan bersama air pandan
1 sudu teh ovallette

Cara-caranya:

 Gaulkan kelapa parut yang putih dengan sedikit tepung  pulut.Pukul telur bersama gula hingga kembang,kemudian masukkan ovalate ,tepung,santan bersama pandan. Letakkan kelapa parut tadi ke dalam acuan dan masukkan bancuhan yang telah siap dan dikukus.

Kek Damal


Bahan-bahannya:-
6 biji telur
2 cawan majerin
2 cawan gula halus
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen ros
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
4 sudu besar susu pekat

Cara-caranya:

Pukul mentega sama gula hingga kembang dan masukkan telur satu per satu hingga habis sambil di pukul.Masukkan tepung dan masukkan susu.Kacau hingga sebati dan baru di bahagi dua.Satu biarkan kuning.Bubuh esen ros dan yang koko pula  esen vanilla. Siapkan Loyang pembakar dan sendukkan adunan kek tadi secara berselang-seli di tengah-tengah Loyang sehingga habis.

Rendang kerisik

 
1 ekor ayam
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
15 biji bawang marah
1 labu bawang putih
½ biji kelapa untuk di buat kerisik
½ botol  sos tomato
2 sudu besar gula

Cara-caranya:

Ayam dibasuh dan digoreng hingga  garing.Panaskan minyak  dan tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar.Kemudian masukkan kerisik dan sos tomato.Kacau hingga rata.Masukkan ayam yang telah di  goreng tadi,gaul rata .

Rempeyek Kacang Tanah

Bahan-bahannya:-

1 kilo kacang tanah
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu rempah biji
1 jambak bawang putih
Seinci lengkuas
1 biji kelapa ambil santannya.
2 cawan tepung jagung
1 biji telur
Garam dan tepung beras secukupnya.


Cara-caranya:-


  • Cuci kacang tanah dan ditoskan hingga kering.
  • Rempah biji, dan jintan di tumbuk, bawang putih dan lengkuas juga ditumbuk.Bancuhkan tepung jagung, tepung beras dan santan kemudian masukkan pula bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi dan masukkan juga telur yang telah dikacau sedikit. Bancuhannya agak cair dan masukkan garam secukup rasa. Untuk menggoreng pastikan anda menggunakan acuan, sendukkan bancuhan tepung tadi dan taburkan kacang ke dalamnya. Letakkan ke dalam kuali yang dipanaskan minyak, bancuhan tadi  diletakkan ke dalam acuan yang ada di dalam kuali. Rempeyek ini akan timbul dan dialihkan untuk memastikan kacangnya betul-betul garing.

Kacang Betawi Opah

Bahan-bahannya:

600 gram kacang tanah
300 gram tepung gandum
2 biji telur
1 sudu garam
10 ulas bawang putih
2 sudu besar gula


Cara-caranya:

  • Garam,gula dan bawang putih di tumbuk
  • Pukul telur sampai kembang kemudian  masukkan  ke dalam kacang yang telah dibasuhkan dan ditoskan
  • Masukkan bahan-bahan yang telah di tumbuk,gaul sampai rata,baru masukkan tepung,gaul lagi hingga jadi kacang ini terbentuk satu-satu.

Agar-agar Mabel

Bahan-bahannya:-


1 tahil agar-agar
10 gelas air
3 gelas gula castor
4 sudu  kecil tepung kastard
2 sudu kecil majerin
4 sudu besar koko
4 sudu kecil esen vanilla
1 tin susu cair
6 biji kuning telur


Cara-caranya:-

Agar-agar di masak dengan air sehingga larut.
Pukul telur dan gula. Kemudian masukkan susu, majerin dan tepung kastard. Bila agar-agar mendidih masukkan adunan yang telah dikacau tadi dan dikacau sampai rata. Bahagikan bancuhan kepada dua bahagian, satu diwarnakan dengan koko tadi. Apabila bancuhan menjadi sedikit suam, barulah disendukkan bancuhan tadi secara berselang-seli, supaya nampak cantik bancuhan tadi diletakkan ditengah-tengah acuan (loyang) dan ia akan nampak berbelang-belang dan nampak begitu enak sekali.

Thursday, October 28, 2010

Ayam masak kicap ala rendang

Bahan-bahannya;-

1 ekor ayam
6 ulas bawang putih
10 labu bawang besar
15 tangkai cili kering
1sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
1 inci halia
Untuk menumis 2 ulas bawang putih, 3 biji bawang merah dan seinci halia.
Kicap secukupnya
Gula dan garam secukup rasa.


Cara-caranya:-

Ayam di potong dan di goreng hingga kuning keemasan.

Tumis hirisan bawang putih,bawang merah dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Apabila naik minyak masukkan kicap, gula dan garam. Kecilkan api dan masukkan ayam yang telah digoreng dan dikacau rata. Untuk hiasan boleh masukkan hirisan bawang besar, cili hijau atau merah.


* Tulisan yang diwarnakan adalah untuk bahan-bahan yang dikisar.

Petua

Supaya bawang putih dan bawang merah tahan lebih lama...
  • Jangan campurkan bawang putih dan bawang merah/bawang besar ketika kita menyimpannya.

Agar ikan yang digoreng tidak melekat di kuali

  • Masukkan asam keping/asam gelugur ketika hendak menggoreng.

Kek Coklat


Bahan-bahannya:-

250 gram tepung naik sendiri/tepung gandum
50 gram koko
secubit garam
6 biji telur
300 gram mentega
300 gram gula
6 sudu besar susu segar
2 sudu besar ovallette


Cara-caranya:-

Putar mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis, kemudian masukkan ovallette dan putar lagi hingga rata. Masukkan tepung dan koko sedikit- sedikit. Jangan lupa masukkan susu segar dan garam. Panaskan oven, sapukan acuan dengan majerin dan taburkan tepung hingga rata pada acuan tadi supaya kek mudah dikeluarkan dari acuan. Bakar selama 45 minit.

Kuih Siput

Bahan-bahannya:-

 1 kilo tepung gandum
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 tangkai daun kari - dirincik halus
1 kampit serbuk kari
Majerin yang secukupnya untuk merangupkan kuih siput
Santan secukupnya untuk membancuh
1/2 cawan udang kering
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih.
10 tangkai cili kering
Boleh masukkan perasa jika mahu.


Cara-caranya:-

Kisarkan jintan manis, jintan putih, udang kering, bawang merah, bawang putih,  dan cili kering. Masukkan ke semuanya ke dalam tepung dan jangan lupa masukkan rempah kari, daun kari dan santan. Akhir sekali setelah bancuhan menjadi doh ulikan bersama majerin untuk merangupkan kuih siput. Gentelkan dengan acuan siput dan digoreng hingga kuning keemasan.

Rendang Tok --- resepi dari Bondaku (Kak Munah)

Bahan-bahannya:-

600 gram daging
1 inci halia
7 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1 buku gula kabung
 1 btg kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 biji bawang merah
10 biji cili padi
 sedikit asam jawa
sedikit rempah biji (digoreng tanpa minyak sebelum dikisar)
2 btg serai
1 inci lengkuas
1 biji kelapa untuk kerisek
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
2 biji kelapa untuk santan


Cara-caranya:-

Semua bahan dikisar dan dimasukkan ke dalam kuali dan dikacau bersama daging tadi. Setelah separuh kering masukkan santan. Selamat mencuba....

Rendang Kerisek Hati

Rendang Kerisek Hati

Bahan-bahannya:-

600 gram hati lembu
15 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas 
2 batang serai
1 camca kecil jintan manis
1/2 camca kecil jintan putih
1 camca kecil lada hitam 
2 sudu besar kerisek
1/2 biji kelapa - pati sahaja 1 cwn
sedikit garam, kicap gula serta minyak.
* (Bahan yang perlu dikisar tulisannya diwarnakan)

Cara-caranya:-

1. Hati dipotong dan dibersihkan
2. Diperap hati dengan gula dan kicap selama sejam.
3. Semua bahan yang dikisar ditumis hingga garing.
4. Masukkan hati serta ditambahkan sedikit air dan biarkan hingga mendidih agar hati menjadi empuk.
5. Masukkan santan dan kacau hingga kering.
 Angkat dan hidangkan.

Monday, October 25, 2010

Rendang Ketam



                                                         Bahan-bahannya:-

4 ekor ketam saiz besar                            
 20 tangkai cili kering
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Seinci halia
2 batang serai
(Semua bahan di atas di kisar)
2 helai daun kunyit dihiris halus
2 sudu besar kerisek
300 ml santan kelapa
Secubit serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Cara-caranya:-

Potong ketam dan di bersihkan, panaskan kuali dan masukkan ketam serta bahan yang telah dikisar. Masukkan sekali kerisek dan santan. Apabila sudah separuh kering santannya, masukkan daun kunyit tadi, kacau rata, masukkan serbuk kunyit dan garam serta  biarkan rendang masak sehingga kering, atau bagi yang suka berkuah tidak perlu dimasak sampai kering.