selamat datang

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, August 19, 2011

Biskut Sanggul Lengkar

Bahan-bahannya:-

1 cawan mentega
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar golden syrup
3 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar koko
1 sudu besar vanilla
2 biji kuning telur


Cara-caranya:-

Kacau gula bersama mentega sehingga kembang. Masukkan minyak sapi, golden syrup, telur dan vanilla, kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung kastard dan tepung gandum serta koko gaul hingga rata sehingga menjadi doh.Acukan dan dibakar dalam ketuhar.

Biskut Aloha (kak nyah)

Bahan-bahannya:-

6 biji telur yang direbus - ambil kuning telur sahaja.
1 gelas gula
250 gram mentega
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil vanilla

Cara-caranya :-

Lenyek kuning telur. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.Campurkan kuning telur dan kacau rata masukkan tepung sedikit- sedikit hingga habis. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian campurkan dengan koko. Acukan menjadi dua warna bagi setiap biskut yang dihasilkan.

Apabila sudah siap, masukkan dalam ketuhar. Masak hingga kekuningan.

Tuesday, July 5, 2011

Rendang Pegaga Seromban

5 ikat pegaga
2 kilo kerang/ RM 3 ikan bilis
Sekilo santan
15 biji cili padi/ kurangkan sekiranya tidak mahu pedas
10 cm kunyit hidup.
5 batang serai
Garam secukup rasa.


Cara-caranya:-


Kunyit dan cili dikisar, serai dititik dan dimasakkan bersama santan sehingga naik minyak. Kemudian masukkan pegaga dan kerang/ ikan bilis serta garam. Masak sehingga kering dan garing.



Wednesday, May 11, 2011

Khasiat Halia

Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.

Kandungan kimia

Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.

Kandungan & Manfaat

Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.

Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh.

Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.

Kegunaan lain

Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.



Membantu untuk menghadamkan makanan.
Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
Menghilangkan bau busuk mulut.
Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
"Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."

Tuesday, May 10, 2011

Kuih Seri Muka

Bahan-bahannya:-

Untuk Bahagian Atas:-

11/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan santan pekat
1 biji telur
2 cawan perahan air daun pandan

Untuk pulutnya:-

11/2 cawan pulut
secubit garam
 Paras santan sama dengan paras pulut yang hendak dikukus.

Cara-caranya:-

Bahagian bawah(pulutnya) - Masak pulut bersama dengan santan sehingga kembang pulutnya. Tekan pulut ini  dalam acuan/ lengat tadi dengan sedikit kuat, setelah pulut tadi masak.



Bahagian Atas :-

Campurkan ke semua bahan, untuk lebih berkesan dan cepat adunkan di dalam mesin pengisar. Masakkan adunan ini dalam kuali selama lebih kurang 5 minit - kacau tanpa henti. Curahkan adunan ini ke atas pulut tadi.



Saturday, November 6, 2010

Kek Kurma HusHuda

Bahan-bahannya

1 butter (250g)
1 cwn gula
2 cawan tepung gndum
4 biji telur
 1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat 
30 biji kurma  buang biji (kurma madu)
Rebus hingga lembut anggaran 1 setengah cwn air 
Cara-cara:-

·        Pukul butter sampai kembang.Masukkan telur sebiji2.Kemudian masukkan gula, esen vanilla, baking powder, soda bikarbonat pukul lagi. Akhir sekali masukkan tepung dan kurma tadi. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit.

Tuesday, November 2, 2010

Cheese Tart

Bahan-bahannya:-

(untuk kulit)
125 gram butter
60 gram gula aising
1 biji telur
250 gram tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

(untuk inti)

250 gram krim keju
50 gram mentega
60 gram gula castor
1 biji telur ayam
8 gram krim segar

Cara buat kulit:-

Pukul mentega dengan gula aising dan vanilla hingga kumbang. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh. Selepas itu canai ikut acuan. Bakar dulu dalam masa 20 minit sampai warna menjadi kuning

Cara buat inti:-

Pukul keju dan mentega hingga kembang, masukkan telur dan krim segar serta gula castor, pukul hingga sebati. Selepas itu tuang dalam kulit dan hiaskan dengan blueberi/coklat cip.Dibakar selama 5 minit.Sejukkan sebelum dihidang. Proses membakar bergantung kepada saiz acuan, dari segi masa dan suhu.