Bahan-bahannya:-
1 kilo tepung gandum
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 tangkai daun kari - dirincik halus
1 kampit serbuk kari
Majerin yang secukupnya untuk merangupkan kuih siput
Santan secukupnya untuk membancuh
1/2 cawan udang kering
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih.
10 tangkai cili kering
Boleh masukkan perasa jika mahu.
Cara-caranya:-
Kisarkan jintan manis, jintan putih, udang kering, bawang merah, bawang putih, dan cili kering. Masukkan ke semuanya ke dalam tepung dan jangan lupa masukkan rempah kari, daun kari dan santan. Akhir sekali setelah bancuhan menjadi doh ulikan bersama majerin untuk merangupkan kuih siput. Gentelkan dengan acuan siput dan digoreng hingga kuning keemasan.
No comments:
Post a Comment